Tuesday, February 10, 2009

Waitangi Day

Waitangi Day merupakan salah satu hari kebangsaan New Zealand yang disambut Februari 6 setiap tahun. That’s mean today is a public holiday. Biar akak citer apa itu Waitangi Day. Saje kongsi info.

Waitangi Day ialah hari memperingati detik terbina persahabatan antara orang-orang Maori (penduduk asal New Zealand) dengan pendatang kulit putih bangsa Eropah. Hari ini diaggap penting kerana pada asalnya Maori tidak menerima kedatangan orang kulit putih bangsa Eropah yang juga merupakan pendatang haram ke tanah tumpah darah mereka. Pertumpahan darah sering berlaku antara mereka. Maka dalam Perjanjian Waitangi orang-orang Maori bersetuju menerima kedaulatan british dan menganugerahkan kependudukan dan hak pemilikan tanah. Ini kes macam perjanjian antara bangsa Melayu, Cina and India kat Malaysia ‘Jusoli’.

Kat Palmy sambutan Waitangi Day tak meriah pun. Adapun gerai-gerai dibuka kat The Square. Kebanyakannya gerai orang Maori yang jual barang-barang kebudayaan diorang. Ada jugak persembahan nyanyian oleh local people. Itu pun mostly lagu bahasa Maori "@#$%^&*!?"...tak paham satu hapah pun.
"Banyak gerai-garai dibuka kat The Square.... Palmy"
"Gipsi funfair"